Currently browsing tag

berita dalam negeri

Dua Remaja Jual Burger Parah Ditetak Sekumpulan Lelaki

Dua remaja parah ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Bandar Baru, Air Itam dekat sini semalam. Kedua-duanya cedera di kepala, tangan dan kaki dan dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaan mereka dilaporkan stabil. Seorang saksi kejadian, S. Satiahilen, 20, berkata, dalam kejadian pukul 7 malam ini, …

Warga Emas Dipijak | Dicekik | Disamun RM30,000

Seorang warga emas bukan saja disamun sehingga kerugian RM30,000, tetapi turut diperlakukan seperti haiwan apabila dipijak kepala, dicekik serta dicampak ke kebun getah enam kilometer dari rumahnya dalam kejadian di Kampung Gunung, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Mek Mat Dam, 70, didatangi dua lelaki tidak …

Kaki Kiri Jurujual Hampir Putus Ditetak Parang

Seorang jurujual bukan saja berdepan saat mencemaskan akibat diserang dua lelaki bersenjata yang memecah masuk premisnya di Taman Pakatan Indah, petang kelmarin, malah kaki kirinya hampir putus akibat dilibas parang panjang. Dalam kejadian jam 7 malam itu, Lee Kwee Fah, 57, dari Bandar Baru Pengkalan, di sini, dikejarkan ke hospital …

Anggota TLDM Hampir Maut | Kereta Tiba-tiba Terbakar

Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa persiapan hantaran majlis pertunangan adiknya nyaris maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Kota Tampan di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Sabri Ishak, 29, dalam perjalanan dari rumah abangnya di …

Terkini! Gambar Kebakaran Di Suria KLCC 29 Mac 2012

Beratus-ratus orang telah dipindahkan dari KLCC akibat daripada kebakaran kecil di sebuah restoran di dalam bangunan itu. Beberapa orang melihat asap keluar dari restoran dan memanggil pihak keselamatan pusat beli-belah, kata seorang jurucakap bagi pengurusan KLCC. Pembeli dan pekerja pejabat adalah antara yang pertama yang dipindahkan diikuti oleh peruncit yang …

Bomoh ‘Patah’ Maut Motosikal Ditanggungi Dirempuh

Seorang bomoh patah tersohor di negara ini maut apabila motosikal yang ditunggangi bersama anak bongsunya dirempuh motosikal lain di hadapan rumahnya di Kampung Durian Hijau, Kok Lanas di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang, Alias Salleh, 65, yang juga terkenal di Singapura sebagai Pok Yah tukang urut, …

Dua AJK UMNO Hulu Langat Maut Kenderaan Terbabas

Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini. Mereka yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin …

Close