Ekonomi 2019 Merosot? 5 Part Time Sebagai Backup Pendapatan

Tahun 2019 dilihat sebagai tahun yang sangat mencabar kepada kita semua memandangkan ekonomi dalam negara dan global yang dilihat tidak menentu bermula selepas pertukaran kerajaan pada pertengahan tahun 2018.

Anda boleh membaca sendiri di dada-dada akhbar dan akhbar dalam talian tentang laporan dari beberapa pakar ekonomi yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus merosot di tahun 2019.

Bagi yang bekerja makan gaji, persediaan perlulah dilakukan seberapa awal kerana dibimbangi sekiranya syarikat tempat anda berkhidmat membuat keputusan drastik untuk mengurangkan kos syarikat dengan membuang sebahagian pekerja termasuk anda sendiri.

Ia tentu sesuatu keadaan yang sangat sulit sekiranya anda hanya bergantung 100% di syarikat tersebut.

Tetapi sekiranya anda mempunyai ‘backup plan’ seperti berniaga kecil-kecilan secara separuh masa, hal ini mungkin akan membantu anda.

Bagi yang berhasrat untuk memulakan sesuatu bisnes part time tetapi tiada idea, disini kami senaraikan 5 bisnes yang boleh anda mulakan sebagai backup plan.

Mengajar tuition di rumah

Kami meletakkan bisnes ini diatas sekali memandangkan ia boleh dilakukan dengan modal yang kecil atau langsung tidak menggunakan modal.

Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang ada, bisnes ini boleh dimulakan seberapa segera dengan syarat anda sememangnya minat mengajar, mahir dengan topik yang disampaikan dan tidak putus asa.

Teknik untuk memulakan bisnes tuition di rumah boleh anda rujuk disini –>> bisnes home tuition

 

Bisnes Di Shopee

Selain Lazada, Shopee antara laman jualan dalam talian yang paling meningkat naik dan mempunyai ramai pembeli di sana. Anda boleh menjual apa sahaja barang di platform ini samda ready stock atau dropship.

Anda boleh melajar bagaimana cara mendaftar, membuka kedai online dan menjual di Shopee di sini –>> Bisnes Shopee

 

Bisnes Burger

Burger juga antara bisnes yang popular untuk anda pilih memandangkan permintaan terhadap makanan segera ini sememangnya sentiasa ada.

Malah, ada diantara peniaga burger yang mendapat pendapatan yang selesa melalui bisnes ini walaupun ia hanyalah dilakukan secara part time.

Anda boleh pelajari cara dan teknik bagaimana menyediakan dan menghasilkan burger yang menarik perhatian penggemar burger disini –>> Bisnes Burger

 

Bisnes air balang

Laburkan sedikit modal sekitar RM200 ke RM300 dan anda sudah pun boleh memulakan bisnes air balang. Keuntungan dari bisnes ini sememangnya tinggi sekiranya anda mengetahui cara dan teknik yang betul.

Disini ada dikongsikan cara dan strategi yang betul dana memulakan bisnes air balang –>> Bisnes Air Balang

 

Bisnes aiskrim

Bisnes terakhir yang kami cadangkan kepada anda ialah bisnes aiskrim. Terdapat pelbagai cara dan jenis aiskrim yang boleh anda pilih antaranya aiskrim Malaysia.

Disini kami kongsikan tips tentang bisnes aiskrim dari individu yang telah berjaya dalam bisnes ini –>> Bisnes Aiskrim

Itulah sedikit cadangan perkongsian dari kami kepada anda bagi memulakan sebuah bisnes partime. Rancang dan teliti dahulu setiap agar anda dapat mengelak dari mengalami kerugian yang besar.

Harapan kami agar anda mengharungi tahun hadapan dengan penuh sabardan perolehi kejayaan.

Selamat tahun baru 2019

Facebook Comments
Close