Operasi X | Sinopsis & Video Trailer

Sinopsis & Video Trailer Operasi X

ASP Redzuan sudah tidak percaya lagi dengan pegawai polis lain apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis.

Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ.

Tetapi Dato` Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya.

Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

 

Bahasa: Melayu
Sarikata: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 1 November 2018
Genre: Aksi / Jenayah
Durasi: 1 Jam 47 Minit
Pengedar: Dream Pictures Production
Pelakon: Aaron Aziz, Awie, Dato’ Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen
Pengarah: Sandosh Kesavan
Format: 2D

Facebook Comments
Close