Sinopsis Dan Video Trailer Balun | 17 Ogos 2017

Sinopsis Dan Video Trailer Balun | Filem berjudul Balun akan ditayangkan diseluruh pawagam-pawagam tanah air bermula 17 Ogos 2017.

Filem balun diarahkan oleh Bob singah dan dibawah edaran Empire Film Solution.

Antara pelakon-pelakon yang menjayakan filem Balun ialah Beto Kusyairy, Izara Aishah, Eizlan Yusof dan Reen Rahim.

Filem Balun mengisahkan Hassan seorang pemuda yang telah kematian ayah dan ibu sejak dari kecil lagi.

Dia kemudian pulang dari luar negara dan balik menetap di kampung asalnya kerana banyak perkara harus diselesaikan, terutama perihal tanah milik arwah ayahnya dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu.

Tetapi apabila dia pulang ke kampung, dia dicemuh sebagai anak kaki judi.

Sementara itu Tuan Seman pula terkejut dengan kehadiran Hassan yang disangkakan telah mati ditembak bersama ayahnya. A

nak kepada Tok Penghulu, Nur Ain, secara tidak sengaja telah mengetahui kisah sebenar tentang keluarga Hassan dan mula membantu lelaki itu mencari jalan penyelesaian.

Balun

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2017
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 29 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Beto Kusyairy, Izara Aishah, Eizlan Yusof, Reen Rahim
Pengarah: Bob Singah
Format: 2D

Facebook Comments
Close