Sinopsis Dan Video Trailer Abang Long Fadil 2 | 24 Ogos 2017

Sinopsis Dan Video Trailer Abang Long Fadil 2 | Filem Abang Long Fadil 2 bakal ditayangkan dipawagam-pawagam seluruh tanah air mulai 24 Ogos 2017.

Filem arahan Syafiq Yusof ini dibawah edaran Astro Shaw.

Masih mengekalkan Zizan sebagai watak utama (Fadil), antara lain-lain pelakon yang mejyakan filem ini adalah Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey dan Shuib Sepahtu.

Sinopsis Abang Long Fadil 2

Fadil mendapati dirinya terjerumus ke dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Namun masalah mula timbul apabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger.
Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL bernama Yana yang membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger.
Kini Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Untuk membersihkan namanya dan membuktikan dia tidak bersalah, Fadil perlu mencari identiti sebenar Tiger.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017
Genre: Aksi / Komedi
Durasi: NA
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Zizan Razak, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu
Pengarah: Syafiq Yusof
Format: 2D

Facebook Comments
Close