Jubah Ustaz Ini Dimasuki Cengkerik Ketika Menjadi Imam Dan Apa Yang Dilakukannya?

Jubah Ustaz Ini Dimasuki Cengkerik Ketika Menjadi Imam Dan Apa Yang Dilakukannya? | Mungkin tak pernah terlintas difikiran ustaz ini yang dirinya akan menerima ujian begini ketika sedang mengimamkan jemaah di sebuah masjid di Sepang.

Video rakaman detik tersebut yang berdurasi 1:00, telah menjadi perhatian netizen setelah ia dimuat naik ke Youtube.

Jubah Ustaz Ini Dimasuki Cengkerik Ketika Menjadi Imam Dan Apa Yang Dilakukannya
Ustaz yang mengimamkan solat tersebut adalah Ustaz Zakiuddin Hanafi ZW.

Dalam video tersebut, kelihatan Ustaz Zakiuddin cuba memegang cengkerik tersebut dari luar jubahnya. Namun apa yang menjadi bualan netizen adalah ketenangan ustaz Zakiuddin yang terus membacakan surah dengan tenang seperti tiada apa-apa ganguan yang berlaku ke atas dirinya.

Tidak berapa lama selepas video cengkerik tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun MFS Production Studio, akaun tersebut sekali lagi memuat naik satu video baru.

Kali ini Ustaz Zakiuddin menceritakan apa sebenarnya yang berlaku dalam rakaman video pertama tersebut.

Pastinya peristiwa ini meninggalkan satu kenangan kepada Ustaz dan menjadi salah satu daripada pengalaman berharga dalam hidupnya.

Kami mendoakan semoga Ustaz Zakiuddin dipermudahkan dalam setiap urusan dakwah yang ustaz lakukan di masa hadapan.

Facebook Comments
Close