Tindakan David Teo Selepas Ditampar Mat Over Di TN50

Viral di media sosial tentang rakaman video pengarah David Teo ditampar Pelakon Mat Over kerana dianggap berkelakuan biadab di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Sulaiman Yassin atau Mat Over mengatakan dia tidak merasa perbuatannya keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

david teo ditampar mat over 1

“SAYA tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

“Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati,” kata pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over.

Tidak mahu mengganggu kelancaran majlis TN50, David dan Mat Over di bawa keluar dari dewan sebelum di penhujung acara David dan Mat Over dibawa masuk semula ke dalam dewan untuk bertemu Najib bagi menyelesaikan perkara itu secara baik.

david teo ditampar mat over 2

Dalam pada itu, David tidak sangka Mat Over boleh bertindak begitu kerana selama ini pun dia tidak mengenali pelakon itu.

“Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya,” katanya.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • david teo ditampar (1)
Close