Watson Nyambek Buat Laporan Polis Lagi | Kali Ini Ke Atas Netizen Yang Menghina

Isu pengacara Sukan Tak Sentral di TV3, Ammar Titan yang menghina mendiang ayah Watson Nyambek rasanya masih lagi jadi bualan ramai tak kira di mana-mana.

Malah, di laman-laman sosial juga begitu ramai netizen yang melontarkan pandangan masing-masing berkaitan dengan isu penghinaan ini.

Tebaru, Watson sekali lagi tampil membuat laporan polis berkaitan dengan kes penghinaan mendiang bapanya.

Kali ini, beberapa nama netizen telah dilaporkan oleh Watson di dalam laporannya sebagai menghina mendiang ayahnya.

Dalam kes sebelum ini, menerusi program yang disiarkan pada malam Sabtu, hos program itu, Ammar mempersendakan nama bapa Watson dengan menyamakan dengan bunyi seekor binatang.

Perkara itu turut mendapat reaksi Watson sendiri yang menonton program itu di Facebook miliknya selain melahirkan rasa kecewa dan tersinggung dengan perbuatan menghina bapanya yang telah meninggal dunia tiga tahun lalu.

Semoga kes ini menjadi pengajaran kepada netizen semua supaya dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan komen haruslah berfikir dahulu kesan baik atau buruknya.

  • Sumber – Group Facebook
Facebook Comments
Close