Sultan Kedah Gering | Berita Tidak Benar

Sejak kelmarin viral di media-media sosial seperti FAcebook dan Whatsapp yang mengatakan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sedang gering.

Mesej yang bertulis sepert ini, “Assalamualaikum wbt.. Dukacita Dikhabarkan KBDYMM Tuanku Sultan Kedah Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dalam keadaan gering… sama samalah kita doakan semoga ALLAH SWT menyembuhkan segala kegeringan Tuanku Sultan serta dikuniakan kesihatan yang terbaik untuk Tuanku Sultan.”

Sultan Kedah Gering Tidask Benar

Turut disertakan bersama-sama mesej tersebut gambar satu salinan surat pemakluman dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, yang meminta masjid-masjid di Kedah mengadakan solat hajat selepas selesai Sembahyang Jumaat hari ini.

Walaubagaimanapun, Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah, tampil menafikan berita tersebut dan menyatakan sesalnya.

“Kenyataan tular itu tidak benar. Alhamdulillah baginda sihat tapi kita mesti sedar umur baginda hampir 90 tahun jadi mungkin tidak sekuat masa dahulu.

“Walaupun begitu, baru-baru ini baginda ada melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA’17) dan perasmian Masjid Padang Lalang di Langkawi,”

Berkaitan dengan gambar surat yang disertakan bersama-sama mesej tersebut pula, Syed Unan Mashri menjelaskan surat yang dikeluarkan bagi mengadakan sembahyang hajat untuk kesejahteraan dan kesihatan Sultan Kedah itu adalah satu usaha berterusan yang diadakan dari masa ke semasa sejak dahulu lagi.

Ia bagi memohon supaya Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Sultan Kedah, katanya.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close