Keadaan Terkini Mamat Khalid Selepas Dikejarkan Ke ICU | April 2017

Pengarah terkenal Mamat Khalid kelmarin dilaporkan telah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengadu sesak nafas.

Seperti yang dilaporkan mStar Online, isteri Mamat Khalid, Hasmah Hassan, 54, suaminya mengadu sakit dada.

keadaan terkini Mamat Khalid 22 april 2017

“Semalam dia mengadu sakit dada selepas balik dari kedai mamak, dia terlalu letih melayan tetamu yang datang pada majlis tayangan filemnya ‘Lebuhraya Ke Neraka’ hingga ke malam”

“Bangun pagi tadi (Jumaat) keadaan dia sangat lemah dan anak-anak bawa dia ke hospital kira-kira pukul 9 pagi tadi”

“Tekanan darah dia tinggi dan bimbang dia dia mendapat serangan jantung, namun Alhamdulillah, sekarang sudah semakin baik berbanding pagi tadi.

“Dia (Mamat) mahu keluar dari ICU dan duduk di wad biasa tapi doktor tidak benarkan. Mereka bimbang apa-apa berlaku terhadapnya jika berseorangan, kalau di ICU ramai yang jaga,”

Anak keempat Mamat Khalid, Mohamad Khaled Amin, 21, juga menyatakan ayahnya kini berada dalam keadaan stabil.

Semoga Mamat cepat sembuh dan kembali sihat.

Facebook Comments
Close