Sinopsis Dan Video Trailer Kimchi Untuk Awak | 30 Mac 2017

Sinopsis Dan Video Trailer Kimchi Untuk Awak | Bakal ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air mulai 30 Mac 2017

Filem arahan Michael Ang, di bawah edaran Astro Shaw ini mempertaruhkan filem bergenre komedi romantik.

Membariskan nama-nama pelakon hebat seperti Aiman Hakim, Emma Maembong, Janna Nick, Sharifah Sakinah, Ungku Haris, Natasha Elyzza dan Dira Abu Zahar, filem ini dijangka akan menarik minat peminat-peminat filem tempatan untuk ke panggung wayang.

Kimchi Untuk Awak 30 Mac 2017

Kimchi Untuk Awak | 30 Mac 2017

Filem ini telah angkat dari novel nukilan Suri Ryana dengan judul sama, ia mengisahkan tentang Bella, seorang pelajar di universiti Korea Selatan menghabiskan cuti semesternya di Malaysia.

Hidup Bella menjadi kucar-kacir sejak insiden dia terlanggar seorang lelaki kacukan Melayu Korea bernama Danial Lee Jae Hwan.

Kakak kepada Bella kemudian memaksa Bella membuat kimchi sempena menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kakaknya.

Hatinya menjadi tidak aman apabila mendapati presiden tersebut adalah Danial Lee.

Keadaan menjadi semakin parah apabila keluarga mereka saling kenal dan mahu satukan mereka.
Selepas mereka diijabkabulkan, satu insiden telah berlaku menyebabkan Bella melarikan diri ke Seoul.

Danial Lee kemudian pergi mencari Bella di sana dengan harapan untuk kembali bersatu dengan isterinya.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017
Genre: Komedi / Romantik
Durasi: 1 Jam 58 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Aiman Hakim, Emma Maembong, Janna Nick, Sharifah Sakinah, Ungku Haris, Natasha Elyzza, Dira Abu Zahar
Pengarah: Michael Ang
Format: 2D

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • dimana ditayangkan kimci untuk awak (2)
  • kimchi untuk awak sinopsis (1)
  • kimchi untuk awak trailer (1)
  • media prima kimchi untuk awak (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close