Johan Nawawi Suami Penyanyi Nora Meninggal Dunia | 24/03/2017

Komposer lagu Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora, diberitakan meninggal dunia awal pagi ini (Jumaat) di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.

Menurut berita yang dikongsikan oleh Mstar Online, Johan, 52, disahkan meninggal kira-kira pukul 6.30 pagi.

Johan Nawawi Suami Penyanyi Nora Meninggal dunia

Gambar dari Mstar Online

Berita mengejutkan ini disahkan sendiri oleh Isteri Allahyarham, Nora melalui satu kiriman mesej suara.

Allahyarham sebelum ini telah dibawa ke pusat perubatan berkenaan atas sebab faktor kesihatan yang tidak begitu baik.

Difahamkan juga jenazah akan dimandikan an dikafankan di Masjid Kampung Tunku, di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam lokasi yang sama selepas solat Jumaat.

Salam takziah dari kami kepada seluruh kaum keluarga Nora

Al-fatihah kepada Johan Nawawi

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • suami nora meninggal dunia (3)
  • penyanyi nora terkini (2)
Close