My Grandfather’s Clock | Kisah Disebalik Lagu Ini

My Grandfather’s Clock adalah sebuah lagu kanak-kanak ditulis oleh Clay Work pada tahun 1876.

Pada awalnya saya tidak mengetahui tajuk dan juga lirik lagu ini. Apa yang saya tahu, melodi lagu ini sangat sedap.

Lagu ini termuat sekali didalam DVD lagu kanak-kanak yang telah saya belikan kepada anak saya beberapa tahun yang lalu sebelum DVD ini mengalami calar dan rosak.

Tergiang-giang dengan melodi indah lagu tersebut, hari ini saya telah membuat carian di Youtube.

Walaupun saya tidak mengetahui tajuk lagu ini, mujurlah ada beberapa rangkap lagu ini yang saya ingat. Ia memudahkan carian saya.

Akhirnya jumpa juga saya pada lagu ini. Barulah saya tahu tajuk lagu ini ialah My Grandfather’s Clock dan lirik lagu ini.

My Grandfahter's Clock

Rupanya cerita didalam lagu ini agak menarik dan menyedihkan.

Ia menceritakan seorang datuk yang menyayangi sebuah jam besar. Jam ini telah dibeli pada pagi kelahiran datuk dan berfungsi dengan baik selama 90 tahun.

Jam ini seolah-oleh mengetahui hal-hal baik dan buruk dalam kehidupan datuk.

Ketika datuk pertama kali membawa pulang pengantin perempuan kerumah, jam ini telah berbunyi sebanyak 24 kali.

Pada malam saat kematian datuk, jam besar itu telah berbunyi dan keluarga datuk memahami bahawa saat kematian datuk semakin hampir.

Ketika datuk meninggal, jam besar tiba-tiba berhenti dan tidak lagi berfungsi.

Menarik bukan? bagaimana pula pendapat anda?

Di bawah saya kongsikan lagu My Grandfahter’s Clock dan lirik

Incoming search terms:

  • cerita sebenar tentang lagu sedalam dalam rindu (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close