Kecik Mengumumkan Telah Disingkirkan Dari Hyper Act

Selepas Ronnie Hussein, kini nasib yang sama telah menimpa ke atas Kecik selepas beliau mengumumkan telah disingkirkan oleh Hyper Act.

Kecik atau nama sebenar Mohammad Fauzi Kamarudin, 22, membuat penguman tersebut melalui Instagram miliknya pada petang Ahad lalu.

Kecik Mengumumkan Telah Disingkirkan Dari Hyper Act

“Setelah selama lebih setahun Kecik berkarya bersama Hyper Act, jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja. Kecik ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah banyak diberi oleh semua. Perjalanan dunia seni Kecik tak akan berhenti di sini kerana ianya hanya baru bermula. Kecik harap semua akan terus menyokong dan doakan kejayaan Kecik demi mencari rezeki di dunia seni yang amat Kecik sayangi”

Apa sebenarnya yang berlaku?

Menurut laman hiburan Mstar Online yang berjaya menghubungi Kecik, penyingkiran ini berlaku disebabkan masalah dalaman pengurusan kumpulan itu, Hype Beat dan bukannya kerana masalah Kecik bersama kumpulan Hyper Act.

kecik disingkir dari hyper act

“Perkara ini memang sahih dan saya mengumumkan keputusan itu petang ini (Ahad) kerana diminta oleh mereka (pengurusan) selepas empat atau lima bulan konflik dalaman.

“Mereka mungkin boleh cakap apa saja kononnya saya ini bermasalah, tiada disiplin, bergaduh atau apa saja. Saya tiada apa hendak ulas lanjut dan biarlah saya simpan saja,”

Sementara itu, pengurus Hype Beat iaitu Faizul atau Zoul berkata, pihaknya tidak menafikan ura-ura yang timbul mendakwa Kecik disingkirkan kerana masalah disiplin dan konflik dalaman.

“Memang kami tidak nafikan dia bergaduh dua atau tiga hari lepas dan kurang komited terhadap kumpulan sejak lima bulan lalu.

“Sebenarnya kami memang hendak umumkan secara rasmi pada minggu depan atau awal bulan depan tapi dia sudah umumkan hari ini.

“Selepas ini Hyper Act akan bergerak tanpa vokalis sebab konsep kumpulan itu pun bukan menekankan penyanyi tapi muzik dan kumpulan. Perancangan akan datang akan kita umumkan nanti,”

Kecik sempat bersama kumpulan Hyper Act selama setahun setengah setelah vokalis asal kumpulan tersebut, Ronnie disingkirkan

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close