8 Filem Tempatan Gagal Tahun 2016

8 Filem tempatan gagal tahun 2016. Gagal disini bukanlah bermaksud gagal dari segi jalan cerita tetapi gagal dari segi kutipan panggung.

8 filem ini telah disenaraikan oleh laman cinema.com.my sebagai mendapat kutipan hambar untuk tahun 2016.

8 filem tempatan gagal tahun 2016

Bagi kami, kejayaan dan kegagalan sesebuah filem itu bergantung kepada beberapa faktor.

Masa tayangan, promosi, pemilihan pelakon dan tajuk filem menjadi antara faktor yang mempengaruhi jumlah kutipan sesebuah tayangan.

Ok jom kita lihat senarai 8 filem gagal tahun 2016.

kastil tua

Kastil Tua – RM35.5 ribu

Filem seram arahan Chiska Doppert ini adalah filem kolaborasi Indonesia-Malaysia yang mana ia mengisahkan tentang empat sahabat yang bertemu semula selepas beberapa tahun dan mengambil keputusan untuk pergi ke bangunan tertua di Malaysia iaitu Kelly’s Castle yang mempunyai sejarah hitam di sebaliknya.

Ia dibintangi oleh Kimberly Ryder, Ajun Perwira, Josiah Hogan, Samantha Katie James dan Alina Saraswati. Selalunya filem seram selalu mendapat sambutan daripada penonton tempatan tetapi tidak tahu mengapa filem ini mendapat sambutan dingin daripada penonton.

ais kosong

Ais Kosong – RM13 ribu

Filem Tamil tempatan “Ais Kosong” ini pernah mencetuskan kontroversi apabila ia mendakwa di anak tirikan oleh pawagam-pawagam tempatan kerana menghentikan tayangan lebih awal dari syarat wajib tayang FINAS, namun pihak pawagam kemudian tampil menyangkal dakwaan tersebut dan berkata mereka telah memberi peluang dengan menayangkan filem arahan Mana Subra itu namun sambutan yang diterima sangat teruk, oleh itu mereka terpaksa menghentikan tayangan kerana ia merugikan mereka. Jadi tidak hairan mengapa mereka hanya mendapat kutipan sekitar RM13 ribu sahaja.

Its The Moment Yang Arif

It’s The Moment Yang Arif – RM4.6 ribu

Filem terbitan Fenomena Seni Produksi Sdn Bhd ini mempertaruhkan filem yang diinspirasikan daripada satu kes mahkamah di luar negara satu ketika dahulu. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang berpelajaran dan berpangkat tinggi telah membuat satu kesilapan tanpa disedarinya. Bagaimanapun dia percaya dia tidak bersalah dan mahukan keadilan, Jinna pula seorang wanita moden yang berpelajaran dan memegang jawatan besar berang dengan Daniel dan nekad mahukan membalas dendam.

Filem arahan S.T Bala ini menampilkan barisan pelakon tidak ternama seperti Ross Hassan, Keena Mentor, Rabindranath Krishnan, Balakumaran dan ramai lagi. Ternyata percaturan tidak menjadi apabila filem ini mendapat kutipan teruk dengan hanya sekitar RM4.6 ribu sahaja.

kipidap selamatkan hari jadi

Kipidap! Selamatkan Hari Jadi! – RM50 ribu

Awal tahun lalu fenomena Abdul Rani Kulup telah mencetuskan fenomena apabila Raja Report Polis yang terkenal dengan tagline ‘Kipidap Dongibab’ ini telah terjun ke bidang lakonan filem. Filem terbitan MIG arahan Eyra Rahman ini adalah sebuah filem komedi yang menampilkan barisan pelakon baru dan laman seperti Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Aizat Hassan dan Kartina Aziz. Walaupun ramai yang menjangkakan filem ini mampu mendapat kutipan positif dek populariti Abdul Rani Kulup atau lebih mesra dengan panggilan Ayah, namun ia ternyata tidak kerana filem ini hanya mengutip sekitar RM50 ribu sahaja.

perjanjian syaitan

Perjanjian Syaitan – RM 54.6 ribu

Kutipan yang diperolehi oleh filem “Perjanjian Syaitan” ini sudah dijangka kerana filem-filem arahan M. Subash Abdullah sebelum ini tidak pernah berjaya menarik penonton untuk ke pawagam jadi tidak hairanlah filem seram ini gagal.

judi judi king bos

Judi-Judi King Bos – RM6 ribu

Filem terbitan, arahan dan lakonan Julian Cheah ini boleh dikategorikan sebagai filem ‘syok sendiri’ kerana sejak hari pertama treler-nya diriliskan ramai yang mengkritik hebat mengatakan kualiti filem ini sangat teruk malahan lebih teruk dari hasil kerja pelajar kolej. Menggunakan tema 1Malaysia dalam filem ini tidak menjamin filem ini sebaliknya ia hanya berjaya kutip sekitar RM6 ribu sahaja.

cendol

Cendol: Kepada Allah Aku Berserah – RM1.9 ribu

Ini sebuah lagi filem arahan M. Subash Abdullah yang gagal di pawagam. “Cendol: Kepada Allah Aku Berserah” ini berkisahkan seorang doktor berjaya Alia dengan abangnya seorang yang cacat. Tidak banyak yang hendak diperkatakan di sini kerana tiada yang menarik dan ini boleh dilihat dari kutipan filemnya yang hanya mengutip RM1.9 ribu sahaja. Rasanya sewa peralatan penggambaran lagi mahal. Apa yang membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana pengarahnya masih menghasilkan filem sedangkan filem-filemnya semua gagal.

radhi rudy bin dadu

Radhi Rudy Bin Dadu – RM14.5 ribu

Agak terkejut juga apabila filem “Radhi Rudy Bind Dadu” arahan Arjin Upal ini mendapat kutipan agak teruk kerana sekiranya jika dilihat daripada barisan pelakonnya pasti anda tidak akan menyangka. Ia dibintangi oleh Soffi Jika, Puteri Sarah, Taiyudin Bakar, Ezzaty Abdullah, Usop Wilcha, Khatijah Tan, Aziz Satar dan Adam Corrie. Mungkinkah judul filem ini yang membuatkannya gagal? Atau jalan ceritanya tidak menarik? Yang pastinya filem ini adalah salah sebuah filem hambar tahun ini.

Incoming search terms:

  • senarai filem yg gagal 2016 (4)
  • filem melayu yang gagal 2016 (3)
  • filem melayu gagal 2016 (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close