Sinopsis Dan Video trailer Hide And Never Seek | 17 Nov 2016

Sinopsis Dan Video trailer Hide And Never Seek akan menemui penonton-penonton seluruh negara bermula 17 November 2016

Filem seram dari Korea ini diarahkan oleh pengarah Lee Doo-Hwan dan filem ini dibawah edaran MM2 Entertaiment Sdn. Bhd.

Dibarisi pelakon-pelakon hebat Korea seperti Ryu Deok-Hwan, Jo Bok-Rae dan Lee Soo-Bin, filem ini dijangka mampu menarik minat penggemar-penggemar filem seram.

sinopsis dan hide and never seek 17 nov 2016

Filem Hide And Never Seek mengisahkan Ya-gwang merupakan seorang juruhebah penyiaran yang mengendalikan `podcast` seram di Afreeca TV bersama dengan penerbitnya, Park.

Mereka yang mahu menerbitkan episod paling menyeramkan mula mencari lebih banyak bahan yang bahaya.

Mereka kemudian menerima satu klip video tentang seorang pelajar perempuan yang hilang ketika bermain satu permainan.

Berikut adalah trailer Hide And Never Seek

 

Bahasa: Korean
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 17 November 2016
Genre: Seram / Ngeri
Durasi: NA
Pengedar: MM2 ENTERTAINMENT SDN BHD
Pelakon: Ryu Deok-Hwan, Jo Bok-Rae, Lee Soo-Bin
Pengarah: Lee Doo-Hwan
Format: 2D

Facebook Comments
Close