Kelemumur | Punca & Cara Hilangkan kelemumur

Anda hadapi masalah kelemumur? Nak tahu punca dan cara hilangkan kelemumur? Jom baca penulisan ini hingga habis.

Kelemumur adalah masalah yang biasa dihadapi oleh kebanyakkan orang tidak kira perempuan atau lelaki. Malah ada laporan yang mengatakan 50 peratus dari populasi manusia mempunyai masalah kelemumur.

punca dan cara hilangkan kelemumur

PUNCA KELEMUMUR

Nama saintifik untuk kelemumur adalah pityriasis capitis. Punca berlakunya kelemumur adalah disebabkan seseorang itu menghadapi masalah pertukaran kulit kepada baru yang lebih cepat berbanding biasa.

Normalnya penggantian kulit kepada baru berlaku adalah 28 hari. Tetapi bagi yang menghidapi masalah kelemumur, kulit kepala baru mereka ganti dengan lebih cepat menyebabkan proses penggantian kulit kepala bertindih.

Terdapat juga lain-lain punca terjadinya masalah kelemumur. Antara punca lain adalah pertumbuhan kulat jenis Pitirosporum Ovale, Penghasilan sebum (minyak semula jadi) yang terlalu berlebihan, Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna, Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap, Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul, Pengeluaran minyak yang berlebihan, Tekanan perasaan dan Daya imuniti yang rendah.

Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan masalah kelemumur samada menggunakan ubat-ubatan ataupun kaedah tradisional

CARA HILANGKAN KELEMUMUR

Biasanya bagi mengatasi masalah kelemumur, individu tersebut menggunakan syampu rambut yang banyak terdapat di pasaran pada hari ini. Namun, anda juga boleh mencuba cara-cara tradisional.

Berikut adalah beberapa cara menghilangkan kelemumur kaedah tradisional yang kami kongsikan dari Majalah Wanita.

1. Limau Purut
Potong limau purut kepada dua bahagian, kemudian gosokkan pada kulit kepala. Lakukan tiga kali seminggu, limau purut membantu membersihkan kulit kepala, mengatasi kelemumur dan mengharumkan rambut. Kulit kepala juga terasa lebih segar.

2. Daun Pandan
Kisar daun pandan bersama air. Kemudian, tapis. Buang hampas, manakala airnya dibuat perapi selepas syampu rambut. Sapukan air daun pandan pada seluruh rambut dan kulit kepala. Petua ini dikatakan membantu mengatasi masalah kelemumur dan melebatkan rambut. Daun pandan juga mengatasi masalah rambut berbau.

3. Lemon
Cuci kulit kepala dan rambut dengan hirisan lemon. Lakukan petua ini setiap hari, kulit kepala akan bersih dan segar. Begitu juga dengan rambut. Sel-sel kulit mati pada kulit kepala akan tertanggal, hasilnya kulit kepala dan rambut akan menjadi sihat.

4. Santan
Selepas syampu, bilas rambut sehingga bersih. Kemudian, sapukan santan kelapa. Usai sapuan, tutup kepala dengan tuala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air bersih. Santan menyuburkan rambut dan menyihatkan kulit kepala. Rambut juga akan semakin bersinar dan hitam jika anda rajin mengamalkan petua ini.

5. Garam
Garam bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah ia juga dapat membantu merawat kulit dan kelemumur. Tabur garam pada kulit kepala, kemudian gosok perlahan-lahan. Biarkan selama 3 minit, bilas dengan air bersih. Kemudian syampu rambut seperti biasa, anda pasti gembira dengan hasilnya. Kelemumur beransur hilang.

Apa yang penting, anda kosisten dan rajin buat! Ingat, guna produk pun kalau tidak sesuai dengan jenis rambut, mesti kesannya rambut makin rosak. Pilihan di tangan anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close