Filem Munafik 2 Bakal Tampilkan Dian Sastrowardoyo?

Kejayaan besar filem Munafik yang ditayangkan sekitar Mac yang lalu di negara ini, telah membuatkan pengarahnya iaitu Syamsul Yusof mengumumkan sekuel filem Munafik 2.

Syamsul juga menyatakan yang filem Munafik 2 ini akan menyaksikan kolaborasi antara Skop Production dan produksi dari Indonesia MD Picture

filem-munafik-2-bakal-tampilkan-dian-sastrowardoyo

MD Picture merupakan pihak yang bertanggungjawab membawa naskhah tersebut ke pasaran Indonesia dan Syamsul tidak menyangka filemnya yang ditayangkan di seluruh Indonesia sejak 5 Oktober lalu mendapat sambutan di luar jangkaan.

Malah ketika tayangan perdana filem itu berlangsung di Jakarta ia mendapat liputan meluas daripada media di sana dan panggung dipenuhi dengan jemputan lain.

Untuk Munafik 2, Filem ini juga akan turut menampilkan pelakon dari negara jiran itu.

“Buat masa sekarang saya terfikirkan Dian Sastrowardoyo. Lokasi penggambaran pula sama ada di Indonesia atau Malaysia bergantung kepada keperluan skrip.

“Jika semuanya berjalan lancar, penggambaran akan dimulakan pada awal atau pertengahan tahun depan,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Incoming search terms:

  • filem munafik 2 (2)
  • munafik 2 (2)
  • belalang hijau perisik (1)
  • Dian sastro main film Munafik 2 (1)
  • filem munafik (1)
  • filem munafik di indonesia (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close