Sinopsis Dan Video Trailer Hanyut | 24 November 2016

Sinopsis Dan Video Trailer Hanyut | Akhirnya setelah lama menanti, filem Hanyut akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 24 November 2016.

Filem arahan pengarah U-Wei Haji Shaari telah siap sejak tahun 2012 lagi tetapi entah apa sebabnya baru tahun ini akan ditayangkan.

Membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air dan internasional seperti Diana Danielle, Sofea Jane, Ady Putra, Bront Palarae, Sabri Yunus, Alex Komang, Khalid Salleh dan Peter O’Brien.

Sinopsis Dan Video Trailer Hanyut

Filem Hanyut ini berdasarkan novel Almayer`s Folly karya Joseph Conrad pada tahun 1895, filem epik ini menceritakan kisah Kaspar Almayer (lakonan pelakon “X-Men Origins: Wolverine”, Peter O`Brien), seorang peniaga Bahasa Inggeris berjuang untuk hidup di Malaysia pada awal abad ke-19.

Impiannya untuk mencari gunung emas mitos dicabar oleh isterinya, pihak berkuasa penjajah, politik komplot oleh ketua tempatan, pedagang Arab, dan cinta anak perempuannya (Diana Danielle) terhadap putera Melayu pejuang kebebasan, Dain Maroola (Adi Putra).

Kepada yang menanti-nantikan filem Hanyut ini, jangan lupa untuk penuhkan pawagam-pawagam berhampiran anda pada 24 November ini.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Genre: Drama / Sejarah
Durasi: NA
Pengedar: NA
Pelakon: Diana Danielle, Sofea Jane, Ady Putra, Bront Palarae, Sabri Yunus, Alex Komang, Khalid Salleh, Peter O’Brien
Pengarah: U-Wei Haji Shaari
Format: 2D

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • sinopsis filem hanyut (13)
Close