Simptom Virus Zika | Cara Merawat Virus zika

Awal tahun ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran virus Zika yang telah menyerang benua Amerika.

Dan hari ini negara kita telah pun menerima laporan jangkitan pertama virus Zika ini di Klang.

Pada yang masih belum tahu akan bahaya virus Zika ini, disini kami kongsikan simptom virus Zika dan cara merawatnya

simptom virus zika | ubat virus zika

 

Apakah virus Zika?

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.

Simptom Virus Zika

Pakar berpendapat, orang yang dijangkiti virus Zika ini tidak jatuh sakit. Biasanya mereka hanya mengalami gejala ringgan seperti deman, ruam, sakit sendi dan mata merah yang hanya untuk tidak kurang dari seminggu.

Seperti kes yang dilaporkan di Klang ini, ia mula demam selepas seminggu dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan.

Virus Zika Punyai Ubat?

Tiada ubat yang khusus dan tiada vaksin yang dibangunkan untuk itu yang berlaku untuk beberapa penyakit tropika lain yang menyebabkan wabak berkala.

Walau bagaimana pun anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti menggunakan semburan aerosol, tidur di dalam kelambu dan membunag segala air yang bertakung.

semoga perkongsian ringkas ini dapat memberi anda sedikit info dan membantu anda mengelakkan diri dan keluarga dari bahaya virus Zika.

Incoming search terms:

  • cara atasivirus zika (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close