Sinopsis Dan Video Trailer Pekak | 1 September 2016

Filem Pekak bakal menemui penonton di pawagam-pawagam tanah air bermula 1 September 2016 ini.

Filem Pekak arahan Mohd Khairul Azri di bawah edaran PRIMEWORKS STUDIOS membariskan pelakon-pelakon mantap seperti Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah dan ramai lagi.

Filem ini bergenre drama dijangka bakal menarik minat ramai pencinta filem tempatan untuk ke pawagam menonton filem ini.

Sinopsis dan video trailer pekak

Filem Pekak mengisahkan seorang lelaki cacat pendengaran bernama Uda berazam untuk kembali mendengar.

Untuk menggapai cita-citanya itu, dia telah terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya.

Dia kemudian telah bertemu dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong.

Cinta antara mereka mula berputik, namun mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

 

Filem Pekak

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: NA
Tarikh Tayangan: 1 September 2016
Genre: Drama
Durasi: NA
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Iedil Putra, Sharifah Sakinah
Pengarah: Mohd Khairul Azri
Format: 2D

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • sinopsis filem pekak (43)
  • sinopsis pekak (34)
  • filem pekak (29)
  • pelakon filem pekak (25)
  • cerita pekak (20)
  • pekak sinopsis (13)
  • sinopsis cerita pekak (10)
Close