Sinopsis Dan Video Trailer Juvana: Perhitungan Terakhir | 29 September 2016

Filem Juvana: Perhitungan Terakhir Bakal menemui peminat-peminat filem ini pada 29 September 2016.

Merupakan sekuel kepada siri sebelum ini iaitu Juvana: Terperangkap Dalam Kebebasan, masih lagi mengekalkan pelakon dan watak-watak dari siri sebelum ini.

juvana perhitungan terakhir 29 september 2016

Barisan pelakonnya adalah Lakonan Zahiril Adzim, Johan As’ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Zaidi Omar, Shera Aiyob, Nad Zainal, Riki Rikando, Khairul Muhamad, Muhammad Syafiq Ikmal, Helmi Hakim dan Rosli Sako.

Filem ini dibawah terbitan Filmscape dan mendapat arahan dari pengarah Faisal Ishak.

Kesinambungan dari sekuel terdahulu, Botak, Daim dan Ayam menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan Botak, Daim dan Ayam terletak pada rakan-rakan mereka yang lain untuk menyelamatkan mereka sebelum terlewat.

 

Juvana: Perhitungan Terakhir

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Genre: Aksi / Drama
Durasi: NA
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Zahiril Adzim, Johan Asari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim
Pengarah: Faisal Ishak
Format: 2D

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • pelakon juvana 3 (63)
  • juvana 3 pelakon (11)
  • juvana 3 sinopsis (10)
  • biodata helmi hakim juvana (2)
  • pelakon rosli sako (2)
  • Mohd Syafiq ikmal Juvana Perhitungan Akhir (1)
  • nama nama pelakon juvana3 (1)
Close