Penjelasan Namawee Tentang Video Menari Dalam Masjid Tanjung Bungah Penang

Baru-baru ini nama Namawee kembali hangat diperkatakan apabila video klip terbarunya dikatakan menghina Islam.

Dalam video muzik tersebut, Namawee dan satu kumpulan dari Taiwan dilihat menari di dalam sebuah masjid di Pulau Pinang.

Penjelasan Namawee Tentang Video Menari Dalam Masjid Tanjung Bungah Penang

Perbuatan itu telah menyentuh sensitiviti masyarakat islam Malaysia.

Tampil untuk membela diri, Namawee telah memuat naik satu video berdurasi 7 minit bagi memberi penjelasan dan membela dirinya.

Menurut Namawee, mesej yang disampaikan di dalam lagunya tersebut adalah mesej yang positif tanpa adanya penggunaan kata-kata kesat dan lucah.

Lagu ini menceritakan tentang agama adalah tempat untuk manusia bergantung dan mengisi kekosongan jiwa.

Bagi kami di MBT, perbuatan menari dan melompat-lompat di dalam masjid lagi-lagi diruangan sembahyang sememangnya sesuatu perbuatan yang tidak manis.

Walaupun Namawee cuba mempertahankan pendapatnya dengan memasukkan sedutan sekumpulan jemaah yang seperti menyanyi, menari dan melompat-lompat di dalam masjid, tetapi Namawee mungkin tidak tahu yang di dalam Islam juga adanya kumpulan-kumpulan ajaran sesat.

Islam yang sebenar menganjurkan penganutnya menghormati rumah-rumah Allah.

Sayanglah mesej lagu bagus tetapi dek kerana sedikit kesilapan di dalam video klip, orang hanya fokus pada yang buruk.

Mungkin juga imej Namawee itu sendiri telah sedia buruk dimata sesetengah masyarakat disebabkan video-video di awal kemunculannya.

Walau bagaimanapun, kami berharap agar kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin dan tidak dibesar-besarkan lagi oleh mana-mana pihak.

Biarlah yang terlibat dan pihak polis yang menyelesaikan kes ini.

Facebook Comments
Close