Isteri Shukri Yahaya selamat Lahirkan Bayi Sulung Mereka

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya telah selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 24 Ogos 2016 di pusat perubatan di Cheras, Selangor.

Memetik laporan petikan dari Harian Metro, Shukri, 28, sentiasa berada disisi isterinya sepanjang Tya (isteri Shukri) berada di wad bersalin.

shukri yahaya anak1

Gambar dari Instagram Shukri Yahaya

Malah beliau mengakui yang dirinya sebak dan gementar melihat sendiri bagaimana susahnya seorang wanita melahirkan anak.

“Tentunya gembira dan pada masa sama gementar menantikan proses bersalin itu selesai. Insya-Allah kalau bayi kami dalam keadaan sihat, kami sekeluarga akan dapat pulang ke rumah,”.

“Walaupun penat, semua itu tidak terasa kerana saya terlalu gembira dengan kelahiran ini. Saya bersyukur segalanya berjalan lancar. Saya kini bergelar bapa dan menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam keluarga,”

shukri yahaya anak2

Gambar dari Instagram Shukri Yahaya

Shukri dan Tya telah mendirikan rumah tangga pada 15 November tahun lalu.

Kami dari Media Bawah Tanah mengucapkan tahniah kepada Shukri dan Tya. Semoga kehadiran cahaya mata ini membahagiakan lagi rumah tangga pasangan ini.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • anak syukri yahya (21)
  • shukri yahaya dan isteri (19)
  • gambar anak syukri yahya (17)
  • syukri yahya (17)
  • gambar syukri yahya (15)
  • anak shukri yahaya (13)
  • anak shukri yahya (12)
  • shukri yahya dan isteri (1)
Close