Video Ruhainies Dating Suami Adira | Siap Rangkul Pinggang Lagi

Viral di laman-laman sosial sejak kelmarin video kantoi Ruhainies dating suami Adira.

Video yang berdurasi beberapa saat ini telah dirakamkan oleh peminat pada 21 Julai 2016 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Datuk Seri Adnan Abu (suami Adira) juga merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak.

Adakah mereka in mempunyai hubungan istimewa?

Video Ruhainies Dating Suami Adira | Siap Tangan Di Pinggang Lagi

Walaubagaimana pun Ruhainies segera tampil menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Adnan.

Lebih mengejutkan, Ruhanies mendakwa dia seolah-olah diperangkap oleh ahli perniagaan itu untuk meraih populariti.

“Ya, itu memang saya dan kami memang ada berjumpa pada Khamis lalu atas urusan kerja dan saya ditemani oleh adik, pembantu peribadi serta beberapa kawan yang lain.

“Namun demi Allah, kami tiada sebarang hubungan istimewa, cuma saya rasa telah diperangkap kerana gambar peluk di bahagian pinggang itu saya tidak sedar pun bila ianya telah berlaku.

“Saya seperti diperangkap oleh dia untuk tujuan kontroversi dan popular dengan cara yang salah. Saya menyesal sangat terima perlawaan dia untuk berjumpa pada Khamis lalu sehingga muncul gambar-gambar begini.

“Saya percaya ada orang lain yang diupah untuk mengambil gambar kami untuk menampakkan seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Adnan yang dihubungi menafikan dakwaan yang dilemparkan Ruhanies.

Jelasnya, individu yang mengambil video tersebut mungkin mempunyai niat buruk terhadap dia dan keluarga.

“Kami berjumpa atas dasar kerja sahaja tapi bagaimana pula orang boleh ambil gambar seperti itu? Saya juga tidak ada masa untuk merancang perkara-perkara begini seperti yang dituduh Ruhainies.

“Saya syak ada orang atau musuh yang sengaja ambil gambar begitu semata-mata untuk burukkan nama saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adnan tidak menolak mempunyai niat untuk berkawan lebih rapat dengan pelakon wanita itu.

Kata Adnan, dia tiada masalah untuk berkahwin lagi kerana mempunyai dua lagi kekosongan.

Manakala Adira atau nama sebenar Siti Adira Suhaimi pula enggan memberikan sebarang komen tentang penyebaran video ini.

Incoming search terms:

  • foto datuk adnan dengan ruhainies (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close