Viral Pelawak Acappan Memeluk Islam Tidak Benar?

Pagi tadi ketika sedang baca beberapa Whatsapp yang masuk, ada satu kisah yang dikongsikan tentang pelawak Acappan memeluk Islam.

Malah ditulis juga yang Acappan telah memilih nama Islam iaitu Shahrin Abdullah.

Viral Pelawak Acappan Memeluk Islam Tidak Benar

Berita ini pastilah dianggap sesuatu yang baik kerana hal ini juga berlaku di dalam bulan yang mulia iaitu Ramadhan.

Namun begitu, menjelang tengah hari Acappan atau nama sebenarnya, Samynathan Rethinan, 58, didakwa menafikan kisah viral ini menersi satu laporan disiarkan .

“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

“Saya akui sedang mendalami agama Islam. Sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam,” ujar Acappan yang turut menjelaskan foto-foto yang tersebar diambil ketika dia menghadiri jemputan berbuka puasa di sebuah surau di Salak Tinggi, pada Ahad.

Acappan turut dipetik memberitahu, dirinya dijemput seorang kawan yang ingin memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam bagi membincangkan pelbagai perkara tentang agama pada hari berkenaan. Acappan dilaporkan berkata:

“Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad). Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama”.

Menurut Acappan gara-gara kisah viral dirinya sudah memeluk Islam, dia terpaksa menjawab banyak persoalan baik daripada rakan-rakan mahu pun keluarga.

Tak apalah, hidayah sememangnya milik Allah Taala dan tidak boleh dipaksa-paksa. Islam juga melarang sebarang unsur penipuan biar apa pun alasannya, selain tidak membenarkan penganut memburukkan agama orang lain.

Semoga semua berlapang dada dalam hal ini. selamat berpuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close