Video Promo Upin Ipin Jeng Jeng Jeng | Live Action Pertama Di Malaysia

Pagi kelmarin ketika sedang bersiap-siap nak ke tempat kerja sambil menonton Malaysia Hari Ini (MHI), Belalang sempat menonton Promo filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng yang ditayangkan di MHI.

Sememangnya Belalang berasa teruja menyaksikan sedutan dari promo ini yang antara babaknya Upin & Ipin berada di samping pelakon cilik Puteri Balqis.

Kelihatan sesuatu yang pendekatan yang baru cuba ditonjolkan pihak Les’ Copaque.

Promo Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Untuk filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini, Les’ Copaque telah berkolaborasi dengan KRU Studios untuk menghasilkan filem ‘live action’ ini.

Menurut Pengarah Urusan Les’ Copaque Tuan Hj Burhanuddin Md Radzi, pihaknya merancang untuk meriliskan filem tersebut sekitar bulan November depan.

“Dalam masa terdekat ini kami akan menghantar filem ini ke LPF (Lembaga Penapisan Filem Malaysia) dan kami menyasarkan untuk menayangkan filem ini pada 24 November depan bersempena dengan MAHA 2016 (Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia) yang mana maskot Upin Ipin adalah maskot rasmi untuk MAHA 2016,”

Burhanuddin memberitahu idea untuk menghasilkan filem ‘live action’ ini adalah dari isterinya Hajah Ainon pada tahun 2013 berikutan belum pernah ada lagi filem berkonsep itu dalam industri tempatan.

Tambah Burhanuddin lagi, pembikinan filem ini dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dilakukan oleh KRU Studios, yang mana penggambaran menggunakan pelakon-pelakon sebenar.

Manakala bahagian kedua pula dari pihak Les’ Copaque yang mana mereka memasukkan animasi ke dalam filem tersebut.

UPDATE! OFFICIAL VIDEO TRAILER UPIN & IPIN JENG JENG JENG | 24 NOV 2016

Dalam pada itu, bercerita mengenai cabaran yang dihadapi ketika pembikinan filem ‘live action’ ini, Burhanuddin memberitahu mereka terpaksa menanggung kerugian sekitar RM700,000 selepas terpaksa melakukan penggambaran semula pada bahagian pertama.

Beliau bagaimanapun, dia tidak ralat dengan keadaan itu kerana beliau mahu menghasilkan sebuah filem yang berkualiti.

Filem yang menelan belanja RM4 juta ini diarahkan oleh pengarah tersohor Erma Fatima bersama Hajah Ainon dan dibintangi oleh Asyiela Putri (Upin & Ipin), Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Gambit Saifullah dan Remy Ishak.

“Upin Ipin Jeng Jeng Jeng” akan diedarkan oleh Primeworks Studios dan merupakan hasil kerjasama dari FINAS serta disokong oleh MDeC (Malaysia Digital Economy Corporation).

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 24 November 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali
Pengarah: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff
Format: 2D

Incoming search terms:

  • barisan artis upin ipin jeng jeng jeng (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close