Senarai Tayangan Filem Pada Hari Raya Aidilfitri 2016

Selain dari kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handal di hari raya, trend menonton filem pada hari raya juga dilihat semakin menjadi pilihan terutama kepada mereka yang tidak dapat pulang beraya di kampung.

Sekiranya anda juga merupakan seorang kaki wayang, berikut adalah beberapa senarai filem yang boleh anda tonton di pawagam pada hari raya nanti.

Anak Mami Nasi Kandaq

anak mami nasi kandaq 2016

Selepas sedekad tidak muncul dengan filem komedi dari francais “Anak Mami”, pengarah Dato’ Prof A Razak Mohaideen akhirnya muncul dengan filem terbaru berjudul “Anak Mami Nasi Kandaq” demi menunaikan permintaan peminat terhadap filem ini. Bagaimanapun untuk filem terbaru ini, Prof menggunakan semua pelakon berbeza kecuali Fasha Sandha, tetapi masih mengekalkan tentang keluarga Mamak di Pulau Pinang.

Dibintangi oleh Chik Pak Man Telo, Sheila Mambo, Qi Razali, Nur Risteena Munim, Ezzaty Abdullah, Amylia Nastasha, Elisya Sandha dan ramai lagi, filem ini mengisahkan tentang seorang pengusaha restoran nasi kandar Mamu Nizam yang merupakan seorang duda yang mempunyai lima anak gadis berdepan masalah apabila perniagaannya semakin merosot kerana Mami Kalsom membuka gerai makan di hadapan restorannya. Berikutan itu, Mamu Nizam telah meminta nasihat daripada Mamu Hussin dan Tuan Akhlak Khan yang mencadangkan dia menggunakan kesemua anaknya untuk bekerja di restoran supaya dapat menarik pelanggan.

Tarikh tayangan: 6 Julai 2016.

Kabali (versi Bahasa Malaysia)

kabali versi malaysia

Rasanya sudah ramai penonton di seluruh negara ini tidak sabar untuk menyaksikan filem terbaru lakonan ‘superstar’ Rajinikanth, “Kabali”, yang bakal ditayangkan tidak lama lagi yang mana ia mengisahkan tentang seorang gangster di Chennai, India yang cuba menyelamatkan dan melindungi buruh-buruh India yang bekerja keras untuk terus hidup di negara-negara Asia Tenggara.

Apa yang membuatkan filem ini menjadi salah sebuah filem terbesar di Malaysia, adalah ia menggunakan Malaysia sebagai latar filem ini yang mana Rajinikanth turun ke Malaysia untuk melakukan penggambaran baru-baru ini. Selain itu, filem arahan Pa Ranjith ini turut akan dibintangi pelakon hebat tempatan seperti Dato’ Rosyam Nor, Norman Hakim dan Zack Taipan.

Tarikh tayangan: 6 Julai 2016.

Alice Through The Looking Glass

Alice Through The Looking Glass

Tidak dapat dinafikan filem animasi pengembaraan dan fantasi ini juga antara filem paling dinanti-nantikan oleh seluruh penonton di pelusuk dunia. Ia akan memaparkan kisah pengembaraan baru Alice yang mana dia akan berdepan dengan penjahat yang dibawa oleh Sacha Baron Cohen sebagai Time.

Selain itu, Johnny Depp juga akan kembali dengan watak asalnya, Mad Hatter, tetapi kali ini bapanya Zanik Hightopp (Rhys Ifans) diperkenalkan.

Tarikh tayangan: 6 Julai 2016.

Kecoh! Primadona Kena Hantu

Kecoh Primadona Kena Hantu

Bersempena dengan Hari Raya ini, sebuah lagi filem tempatan bakal menemui penonton semua iaitu “Kecoh! Primadona Kena Hantu”. Filem komedi seram ini mungkin akan menarik peminat-peminat filem seram untuk membawa keluarga masing-masing ke pawagam untuk menonton filem berikutan elemen komedi turut diselitkan dalam filem ini.

Sekiranya anda kurang yakin dengan filem ini, jangan risau kerana barisan pelakon yang membintangi filem ini pastinya tidak akan mengecewakan anda. Antaranya Kamal Adli, Kamarul Yusoff, Khatijah Tan, Abam, Amir Raja Lawak dan ramai lagi.

Tarikh tayangan: 7 Julai 2016.

Ice Age: Collision Course

Ice Age Collision Course

Filem kelima dari francais “Ice Age” ini bakal kembali menggelek hati di pawagam tidak lama lagi. Ia sekali lagi memaparkan pengembaraan epik Scrat dalam mengejar kacang sehingga membawanya ke luar Bumi, di mana dia secara tidak sengaja telah menyebabkan beberapa siri kosmik yang mengancam planet Bumi. Demi menyelamatkan dirinya mereka dari pupus, Manny, Sid, Diego dan lain-lain meninggalkan tempat mereka dan mengembara ke tempat baru yang eksotik di mana mereka bertemu dengan karakter-karakter baru.

Diarahkan oleh Mike Thurmeier dan Galen T.Chu, filem animasi ini akan menampilkan pelakon suara terkenal seperti Ray Romano, Denis Leary, John Leguizamo, Jennifer Lopez, Keke Palmer, Simon Pegg dan ramai lagi. Sekirannya anda tidak tahu nak bawa anak-anak anda tonton filem apa sempena Raya ini, “Ice Age: Collision Course” adalah filem pilihan paling tepat untuk anda.

Tarikh tayangan: 7 Julai 2016.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • filem raya 2016 (14)

Comments are closed.

Close