Jackie Chan Dan Rajinikanth Bergandingan Dalam Filem The Chini Saga?

Siapa yang tidak teruja apabila mengetahui yang dua bintang hebat bertaraf antarabangsa iaitu Jackie Chan dan Rajinikanth dikhabarkan akan bergandingan dalam sebuah filem.

Filem yang dimaksudkan bertajuk The Chini Saga yang menceritakan tentang lagenda naga di tasik Chini.

Jackie Chan Dan Rajinikanth Bergandingan Dalam Filem The Chini Saga?

Selain dari dua bintang tersebut, Sonam Kapoor juga diantara nama yang tersenarai di dalam filem ini.

Tetapi, benarkah perkhabaran ini?

Menurut penerbit Mohd Rafeezi Mohd Zin atau Pveezi Zain yang ditemu bual wartawan Sinar Harian, beliau telah mendapat pengesahan dari wakil ketiga-tiga pelakon ini.

“Saya bukan beromong kosong, tetapi perkara ini sudah mendapat pengesahan dari wakil pelakon terkenal seperti Jackie Chan, Rajinikanth dan Sonam Kapoor.”

“Memandangkan filem ini akan ditayangkan di negara mereka, maka perlu kemunculan istimewa pelakon negera berkenaan,”

Pveezi juga menyatakan selain pelakon antarabangsa ia turut akan dibintangi oleh pelakon-pelakon tempatan juga.

Filem yang telah tertangguh selama empat tahun ini memilih lokasi pengambaran di adalah Norway, India, China, Indonesia dan Thailand.

Filem “The Chini Saga” akan menggunakan 90 peratus Imej Janaan Komputer (CGI) dan 90 peratus penggunaan Bahasa Inggeris.

Tak sabar rasanya untuk mengetahui perkembangan selanjutnya tentang filem ini. semoga pengarah dan krew-krew ini dipermudahkan segala urusan dan mampu menyiapkan sebuah filem yang hebat.

Incoming search terms:

  • the chini saga 2016 (10)
  • the chini saga movie (3)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close