Gambar Tangan Kanak-kanak Tersepit Ekskalator Di Ayer Keroh Melaka | 15 Jun 2016

Lagi kes kanak-kanak tersepit di ekskalator. Kali ini kes berlaku di MYDIN MITC, Ayer Keroh Melaka pada 15 jun 2016.

Nasib malang tersebut telah menimpa seorang kanak-kanak perempuan,Iman Sumaiyah Masri, 3 tahun.

tangan tersepit ekskulator1

Menurut akhbar Utusan Online, kanak-kanak tersebut bersama keluarganya datang ke pasar raya itu untuk membeli-belah dan sewaktu melalui kawasan eskalator tersebut, mangsa tiba-tiba tersepit bahagian tangan.

tangan tersepit ekskulator2 tangan tersepit ekskulator3

Anggota Bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Penyelamat Ayer Keroh mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

Dilaporkan juga tangan mangsa mengalami luka iaitu melecet pada tangan.

tangan tersepit ekskulator4

kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Pantai di Ayer Keroh untuk menerima rawatan atas permintaan keluarganya.

Diminta agar ibu bapa lebih berhati-hati ketika membawa anak-anak melalui ekskalator agar tidak berlaku perkara tidak diingini seperti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close