Sinopsis & Video Trailer Judi-Judi King Bos

Filem Judi-judi King Bos arahan A Julian Cheah akan ditayangkan dipawagam seluruh tanah air pada 12 Mei 2016.

Antara pelakon-pelakon yang menjayakan filem ini adalah Julian Cheah, Gana, Zhi Qian, Syalmizi Hamid dan Syarmila Rastam.

Sinopsis & Video Trailer Judi-Judi King Bos

Sinopsis & Video Trailer Judi-Judi King Bos

Filem Judi-judi king Bos mengisahkan Ah Boon dan rakan-rakannya mahu mencari wang lebih untuk diri mereka sendiri.

Ah Boon kemudian mengajak rakan-rakannya untuk membuka perniagaan judi haram.

Pada mulanya mereka teragak-agak tetapi kemudian mereka mengambil keputusan untuk mengikutnya.

Ah Boon telah mengambil wang kekasihnya, Skye, yang sepatutnya digunakan untuk membuka restoran tetapi dia menggunakan wang tersebut untuk memulakan perniagaan judi haram miliknya.

Apabila Skye mendapat tahu, dia mula berang dan Ah Boon harus mencari jalan agar Skye memaafkannya.

Sementara itu, perniagaan judi haram Ah Boon berdepan masalah apabila sebuah kumpulan lain yang diketuai oleh Kong Aik turut menjalankan perniagaan judi di kawasan itu.

Bahasa: Inggeris / Melayu / Mandarin / Tamil / Hokkien / Punjabi
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 12 Mei 2016
Genre: Komedi
Durasi: 1 Jam 15 Minit
Pengedar: JULIAN CHEAH PICTURES
Pelakon: Julian Cheah, Gana, Zhi Qian, Syalmizi Hamid, Syarmila Rastam
Pengarah: Julian Cheah
Format: 2D

Incoming search terms:

  • judi king (1)
  • poster judi (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close