Inilah Asal-Usul Lagu Negaraku Malaysia Yang sebenar

Pernah dengar lagu mamula moon???… Kalau belum cuba anda cari lagu itu. sedap dan relax sekali melodi lagu ini. Lagu ini ciptaan Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah di muatkan dalam satu album berjudul Paradise Isle tahun 1947 oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders.

Anda tahu tak sejarah lagu Negaraku kita macam mana? Ada bermacam debat hebat yang mengatakan kita menciplak lagu ini dari Indonesia, Terang Bulan. Ada juga yang mengatakan Indonesia yang menciplak lagu ini dari kita.
Inilah Asal-Usul Lagu Negaraku Malaysia

Jadi mana satu yang betul???… Belalang menemui satu artikel yang agak menarik mengenai lagu ini. Bacalah artikel dibawah ini. Memang sesuatu kenyataan yang memeranjatkan.

Mamula Moon” ialah sebuah lagu klasik gaya Hawaii yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders. Lagu ini dimuatkan dalam album Paradise Isle dan diterbitkan pada tahun 1947. Irama lagu ini mempunyai persamaan ketara dengan lagu “Lagu Terang Bulan”, yang mengambil ilham dari lagu kebesaran negeri Perak, “Allah Lanjutkan Usia Sultan”, pada tahun 1901 dan kemudiannya merupakan ilham kepada lagu kebangsaan Malaysia, “Negaraku”, pada tahun 1957.

Penemuan mengenai persamaan lagu ini dengan lagu “Negaraku” dilaporkan dalam akhbar The Star bertarikh 30 Ogos 2005.[1] Pernah timbul perdebatan orang ramai bahawa lagu “Negaraku” menciplak lagu ini. Namun begitu, lagu rasmi negeri Perak yang menjadi asas “Negaraku” dipercayai dicipta oleh Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857, digunakan pada 1888. Sementara lagu “Terang Bulan” pula popular di Tanah Melayu dan Indonesia pada zaman 1930-an sedangkan lagu Mamula Moon pula hanya diterbitkan pada tahun 1947.

Di bawah adalah lagu Mamula Moon Yang dinyanyikan oleh kumpulan Felix Mendelssohn & His Hawaiian Serenaders.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit pengetahuan tentang lagu Negaraku, lagu negara kita yang tercinta, Malaysia.

Incoming search terms:

  • lagu negaraku (49)
  • lirik lagu negaraku (2)
  • negaraku ciplak (1)
  • sejarah asal usul lagu negaraku (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *