Video Klip Hafiz Hamidun Janjiku Tampilkan Mira Filzah

Dengar sahaja nama Hafiz Hamidun dan Mira Filzah laju betul peminat-peminat dua selebriti ini datang ke sini 🙂

Betul la tu, Hafiz Hamidun dan Mira Filzah sememangnya mempunyai kelompok peminat mereka sendiri.

Video Klip Hafiz Hamidun Janjiku Tampilak Mira Filzah

Hafiz Hamidun Dan mira Filzah. Gambar dari BH Online

Menerusi akhbar BH Online, Mira Filzah dikhabarkan telah mencul di dalam video klip terbaru Hafiz Hamidun bertajuk Janjiku.

Menurut artikel itu lagi, ia bukanlah sekadar video klip mempromosikan lagu berkenaan, tetapi ia juga dihasilkan sebagai sebuah filem pendek.

Dikatakan pada awalnya penggambaran telah dirancang berjalan pada 23 Mac. Walaubagaimana pun diatas kesibukkan Mira yang tercalon Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), penggambaran diubah ke 28 Mac yang lalu.

Malah keadaan cuaca hujan ketika penggambaran dilakukan luar bangunan hampir mengganggu mereka dan krew.

Namun semuanya berjaya juga disiapkan. Proses menyiapkan video muzik terbabit mengambil masa selama tiga hari.

Video berdurasi 8 minit 30 saat itu, yang dikatakan hampir mempunyai kualiti sebuah filem, akan dilancar secara rasmi tengah malam ini, menerusi YouTube.

Jadi kepada peminat Hafiz Hamidun dan Mira Filzah, malam ni jangan lupa untuk tonton video klip ini secara eksklusif di Youtube.

Kami juga akan kongsikan video tersebut di blog ini nanti 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *