Mr Os Meninggal dunia | Jumaat 8 April 2016

Baru sebentar tadi anak kepada Mr.Os mengemaskini status tentang perkhabaran Mr.Os meninggal dunia.

Husna Yusof anak kepada arwah Os yang nama sebenarnya Mohd. Yusof Abdul Hamid, 55, juga meminta maaf bagi pihak arwah sekiranya arwah pernah melukakan hati sesiapa.

Mr Os Meninggal dunia \ Jumaat 8 April 2016

“Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

“Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak al-Fatihah,” tulisnya.

Seorang lagi anak Allahyarham, Nor Haryatie turut berkongsi berita sedih itu.

“Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.

“Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan abah di kalangan orang-orang yang beriman.

“Kita jumpa di sana abah. Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi,” katanya.

Sebelum ini, pelawak veteran tersebut pernah dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil dan dibenarkan pulang selepas itu.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yang sering menghiburkan kita semua sebelum ini.

Al-Fatihah

Incoming search terms:

  • mr os meninggal dunia berita harian (15)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close