Official Video Klip Janjiku Hafiz Hamidun Mira Filzah

Seperti dijanjikan semalam, hari ini kami kongsikan official video klip Janjiku Hafiz Hamidun dan Mira Filzah.

Seperti yang dikatakan oleh Hafiz Hamidun, klip video yang dirakamkan pada 28 Mac ini mengambil masa 3 hari melalui proses suntingan.

official video klip janjiku hafiz hamidun mira filzah

Antara babak di dalam official video Janjiku

Video klip ini yang juga dihasilkan sebagai filem pendek dimulakan dengan babak Hafiz Hamidun dan Mira Filzah yang mengimbas kembali perkenalan mereka pada 1 April 2015.

Jom tonton official video klip Janjiku di bawah ini. Kami juga turut menyediakan lirik lagu Janjiku kepada anda semua 🙂

 

Lirik Janjiku – Hafiz Hamidun

Indahnya segala ketentuan yang kuasa
Tidak akan tercepat dan terlewat
Dengan keyakinan dan dada penuh berombakan
Melangkah kumenuju gerbang itu

Dikau yang kucari
Bukannya fantasi
Memiliki kekasih abadi

Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu

Erti bahagia makin kuat kufahami
Makin mendalam aku mensyukuri

Jarak cinta kita
Hanya kisah silam
Dikau kini di hadapan mata

Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu

Ya Allah
Dikau limpahkan barakah
Dikau rahmatilah
Cinta kami berdua

Kini terjawab setiap pertanyaan
Segala soalan lama tersimpan
Kini bersatulah setinggi pengharapan
Semua pengorbanan memilikimu
Adalah satu amanah
Ini janjiku padamu

Lagu: Azlan Abu Hassan
Lirik: Hafiz Hamidun

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • lirik lagu janjiku mira filzah (1)
  • setinggi Mira Filzah (1)
Close