Bintang Gusti Wanita WWE Chyna Ditemui Mati Di Kediamannya

Kepada penggemar gusti WWE (waktu itu WWF) sekitar tahun 1995 pasti amat mengenali dengan penggusti wanita berbadan sasa Chyna.

Kelibatnya seringkali dinanti-nantikan oleh penggemar gusti lantaran caranya yang kasar dan ada kalanya tak berbelas kasihan kepada lawanya.

Namun berita sedih ini pasti mengejutkan peminat dunia gusti WWE.

Chyna, yang nama sebenarnya ialah Joanie Laurer, dilaporkan ditemui mati di kediamannya Redondo Beach, Los Angeles.

Bintang Gusti Wanita WWE Chyna Ditemui Mati Di Kediamannya

Menurut portal online Mstar.com.my, berita kematian bintang ini diumumkan menerusi akaun Facebooknya, lewat Rabu.

“Dengan rasa sedih yang mendalam, dimaklumkan kepada anda hari ini bahawa kita telah kehilangan ikon dan seorang wira kehidupan yang sebenar. Joanie Laurer aka Chyna, telah meninggal dunia. Dia akan selama-lamanya terus menjadi kenangan dalam hati jutaaan peminat dan kita semua yang menyayanginya,” tulis posting itu.

Chyna meninggal dunia ketika berusia 45 tahun. Punca rasmi kematian Chyna juga masih belum diketahui.

Selain bergusti, Chyna juga sering diundang ke rancangan-rancangan Tv dan pernah membintangi beberapa filem dewasa.

Chyna juga pernah menetap di Jepun dan mengajar bahasa Inggeris di sana.

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • nama pemain gusti wanita (10)
Close