Akhirnya Ayah Pin ‘Kerajaan Langit’ Meninggal Dunia | 22 April 2016

Akhirnya Ayah Pin meninggal dunia. Mungkin generasi baru tidak mengenali dengan nama ini. Tetapi satu masa dulu insan ini pernah menggegarkan negara.

Ayah Pin pengasas kepada satu ajaran sesat yang juga digelar oleh Ayah Pin dan pengikut-pengikutnya sebagai ‘Kerajaan Langit’ di Besut Terengganu.

akhirnya ayah pin kerajaan langit meninggal dunia

Ayah Pin, 74, diberitakan menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 8.30 malam, Jumaat, di kediamannya di Hulu Besut.

Ayah Pin pernah diburu pihak berkuasa agama kerana mendakwa dirinya wakil tuhan segala agama manakala pengikutnya pula menganggapnya sebagai tuhan yang menerima wahyu dari Langit.

akhirnya ayah pin kerajaan langit meninggal dunia

Namun begitu pihak berkuasa menjadi sedikit keliru untuk mengambil tindakan apabila Ayah Pin menyatakan dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi.

Lebih menjadi rumit apabila Ayah Pin bersama empat orang isterinya telah menghilangkan diri akibat daripada buruan pihak berkuasa agama.

Semoga dihujung usianya, sebelum menghembuskan nafas terakhir, Ayah Pin sempat bertaubat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close