4 Hari Video Klip Crush Yuna ft. Usher Hampir Capai 1 Juta Tontonan

Video klip Crush nyanyian Yuna feat. usher telah pun hampir capai 1 juta tontonan (views) walaupun ia baru 4 hari dimuat naik ke Youtube!

Ketika artikel ini ditulis, jumlah tontonan Official Video Klip Crush Yuna ft. Usher telah pun mencecah 931685 tontonan dan tidak mustahil dalam masa terdekat video klip ini akan mencecah 1 juta tontonan.

4 Hari video klip yuna ft. Usher Crush hampir Capai 1 Juta Tontonan

Perkembangan ini semestinya merupakan sesuatu yang mengembirakan hati anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini yang telah beberapa lama mencipta nama di pentas antarabangsa.

Lagu Crush ditulis oleh Yuna sendiri dan dibantu oleh Bobbycoleslaw dalam penghasilannya.

Bagi anda yang masih belum menonton video klip ini, di bawah kami sediakannya untuk tontonan anda!

Facebook Comments

Comments are closed.

Close