Simptom-Simptom Sakit Jantung Yang Perlu Anda Tahu

Dahulu blog ini pernah kongsikan Sakit Jantung | Perlu Bypass Atau Ambil Ubat? klik pada tajuk jika belum membaca. Kali ini blog ini ingin Simptom-simptom sakit jantung yang perlu anda tahu.

Sakit jantung boleh terjadi pada bila-bila masa walau di mana anda berada. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia pada masa kini.

Simptom-simptom sakit jantung  yang perlu anda tahu

Walaupun serangan jantung boleh berlaku secara mengejut, hal ini sebenarnya dapat dielakkan sekiranya anda peka dengan simptom-simpton atau tanda-tanda awal sakit jantung yang diberikan oleh tubuh badan anda.

Antara simptom-simptom Sakit Jantung

  • sesak nafas
  • berdebar
  • kerap sakit pada bahagian dada
  • letih lesu
  • berpeluh dingin
  • rasa pitam dan pengsan

Itu antara tanda-tanda awal sakit jantung yang perlu anda tahu yang jantung anda sedang terbeban dan terpaksa mengepam dengan lebih kuat akibat arteri-arteri yang mulai menyempit akibat plak.

Siapakah golongan yang berisiko mengidap sakit jantung?

  • Perokok tegar
  • Individu yang menghadapi tekanan perasaan (stress)
  • Individu obesiti
  • Individu yang jarang melakukan senaman
  • Pesakit darah tinggi
  • Pengidap Diabetes

Untuk lebih memahami bagaimana sakit jantung boleh berlaku dan bagaimana mahu mencegah dan merawatnya, satu video mengenai simptom ini boleh anda tonton di sini –>> (Video) Bagaimana serangan Jantung Berlaku?

Semoga bermanfaat untuk anda!

Facebook Comments
Close