Jenis-jenis Gila Meroyan | Cara Atasi Angin Meroyan

Wanita lepas bersalin biasanya terdapat satu perubahan emosi yang ketara dimana dalam masyarakat melayu dipanggil sebagai gila meroyan.

Baru-baru ini Belalang terjumpa satu perkongsian di Facebook tentang jenis-jenis gila meroyan.

Gambar hiasan carian Google

Gambar hiasan carian Google

Ada tujuh jenis meroyan yang dikongsikan dimana setiap satu mempunyai tahap dan sebab-sebab yang tertentu.

Tujuh jenis meroyan tersebut adalah meroyan api, meroyan ketung, meroyan urat, meroyan lendir, meroyan tinggal, meroyan bulu dan meroyan kulit.

Jom kita ketahui dengan lebih mendalam tentang jenis-jenis meroyan tersebut di bawa ini…

jenis-jenis gila meroyan cara atasi angin meroyan1. Meroyan Api

  • Ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah sampai ketahap menjerit-jerit dan lupa diri.
  • Mood swing yang ketara
  • Perubahan sikap lebih ketara bila dalam keadaan haid

jenis-jenis gila meroyan cara atasi angin meroyan2. Meroyan Ketung

  • Ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa (sensitif) dan adakalanya kelihatan seperti bodoh
  • Berlaku kebanyakkan kepada ibu yang kehilangan anak
  • Ada kes sehingga membunuh diri

jenis-jenis gila meroyan cara atasi angin meroyan

3. Meroyan Urat

  • Ibu mengalami ketegangan urat sarat sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
  • Selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika sang ibu tersilap makan benda-benda yang bersifat sejuk.
  • Berlaku buat ibu-ibu yang melakukan kerja-kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin

jenis-jenis gila meroyan cara atasi angin meroyan

4. Meroyan Lendir

  • Ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
  • Keguguran rambut yang extreme.
  • Mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan.
  • Penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.

jenis-jenis gila meroyan cara atasi angin meroyan

5. Meroyan Tinggal

  • Ibu tiba-tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah
  • Ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri
  • Ada tahap sehingga menjadi ganas

jenis-jenis gila meroyan cara atasi angin meroyan

6. Meroyan Bulu

  • Ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin
  • Jika berlarutan, ibu akan mula menghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi
  • Ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk-sejuk ketika dalam pantang.

jenis-jenis gila meroyan cara atasi angin meroyan

7. Meroyan kulit

  • Ibu akan berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera.
  • Itu tandangan darah kotor tak habis keluar jadi kekotoran itu keluar melalui liang roma peluh.
  • Ini akan berterusan jika darah-darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.

Bagi mengurangkan masalah tersebut, pelajarilah tanggungjawab sebagai ibubapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung.

Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika merasa tertekan. Dapatkan pembantu rumah atau ahli keluarga yang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang kerana anda masih lemah.

Rehat yang cukup juga adalah penting. Ambil udara segar di luar dan jangan hanya berada di rumah walaupun anda berpantang. Beri masa untuk diri anda sendiri. Pengambilan diet dan pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas.

Incoming search terms:

  • jenis meroyan (31)
  • meroyan kulit (18)
  • jenis jenis meroyan (16)
  • tanda meroyan (12)
  • meroyan api (9)
  • meroyan (9)
  • tanda tanda meroyan (5)
  • tanda perempuan meroyan (5)
  • tanda2 meroyan (2)
  • cara merawat meroyan kulit (2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close