5 Cara Cari pendapatan pasif income terbukti berjaya

Nak tahu 5 cara cari pendapatan pasif income terbukti berjaya tak? sebelum tu adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan pasif income?

Pasif income didalam perniagaan boleh dimaksudkan denga kerja yang anda lakukan sekali atau kadang-kadag tetapi menerima bayaran berterusan.

5 Cara Cari pendapatan pasif income terbukti berjaya

Ia berbeza dengan gaji yang diterima setiap bulan. Gaji pula ditakrifkan sebagai aktif income dimana anda perlu melakukan kerja secara berterusan untuk menghasilkan pendapatan.

Kali ini jom kita ketahui 5 cara cari pendapatan pasif income yang terbukti berjaya.

1. Rumah sewa atau Homestay

Sekiranya anda mempunyai hartanah (hartanah bermaksud harta di atas tanah), sewakan atau jadikan ia sebagai homestay. Homestay sememangnya boleh menjadi side income yang lumayan. Malah tak salah jika dikatakan ia lebih lumayan daripada rumah tersebut anda sewakan.

Contoh, sekiranya anda sewakan rumah untuk didiami sesebuah keluarga anda hanya menerima duit sebulan sekali. Tetapi homestay pula setiap kali ada yang bermalam, mereka perlu membayarnya mengikut hari. Jika dimusim cuti dan kenduri kahwin bertambah murah rezeki anda.

Anda boleh rujuk sini untuk lain-lain idea berkaitan hartanah –>> (KLIK SINI)

2. Paten

Paten pula adalah sesuatu hak cipta eksklusif dimana apabila apabila anda mencipta sesuatu dan memohon dipatenkan, sesiapa yang ingin menggunakan design tersebut perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu dari anda.

dalam hal ini, biasanya pihak yang berminat dengan paten anda perlu membayar kepada anda. Cara bayaran pula tertakluk kepada perjanjian.

Anda boleh rujuk sini untuk lain-lain idea membangunkan produk –>> (KLIK SINI)

3. Menulis (Buat Ebook)

Anda minat menulis? apakata mulai sekarang anda menulis sesuatu yang anda minat dan ketahui kemudian terbitkan ia pada majalah atau akhbar.

tetapi dizaman serba canggih ini, kebanyakkan penulis lebih suka menulis dan membukukannya secara digital. Cara ini dipanggil ebook.

Ebook lebih menguntungkan kerana setiap jualan 100% menjadi milik anda tanpa perlu dibahagi kepada syarikat penerbitan. Malah kosnya juga amatlah kecil.

Anda boleh rujuk sini untukmengetahui bagaimana membangunkan sesebuah ebook –>> (KLIK SINI)

4. Bina Blog

Membuat blog tidaklah sesusah yang disangka. Anda hanya perlu beberapa langkah mudah untuk membangunkan sesebuah blog. Blog juga mampu menghasilkan pendapatan pasif.

Biasanya seorang pemilik blog akan mempunyai beberapa cara untuk menjana wang dengan blog mereka seperti ruangan pengiklanan, agen affiliate, menjual produk sendiri dan lain-lain cara yang difikirkan menguntungkan tanpa perlu melakukan kerja yang sama berkali-kali.

Anda juga boleh rujuk disini untuk mendapatkan lain-lain idea –>> (KLIK SINI)

5. Bisnes Simkad

Kebelakangan ini, begitu ramai orang menyertai cara ini dalam mencari pendapatan pasif. Biasanya bisnes begini pada permulaannya memang anda perlu bekerja untuk melakukan jualan simkad.

Tetapi lama kelamaan ia akan jadi semakin mudah apabila telah ramai yang menukar ke simkad yang anda jual. Bayangkan jika seorang pengguna topup RM50, anda kemungkinan akan mendapat komisen sekitar RM5. Jika ada 20 pengguna yang gunakan simkad jualan anda? RM5 x 20 orang = RM100

Katakan pula ada seratus pengguna yang menggunakan simkad anda, anda boleh perolehi pasif income RM500. Jual simkad hanya sekali tetapi selagi pengguna itu topup anda akan terima bayaran.

Anda boleh rujuk disini untuk mengetahui jenis model bisnes simkad ini –>> (KLIK SINI)

semoga perkongsian ini membuka minda anda dalam mencari idea untuk menghasilkan pendapatan pasif. Yang penting anda perlu konsisten melakukannya hingga bisnes tersebut telah stabil, diwaktu itu anda akan menikmati kesenangan daripada kepayahan anda sebelum ini.

Terima kasih kerana membaca…

Incoming search terms:

  • pasif income (8)
  • cari pendapatan pasif (3)
  • pendapatan pasif (3)
  • cara menjana pasif income (2)
  • cari duit pasif (1)
  • cari pasif income (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close