Punca Tumit Kaki Pecah | Cara Merawatnya

Tumit kaki pecah dan bagaimana cara merawatnya? Belalang sendiri beberapa bulan yang sudah menghadapi masalah ini.

Tetapi setelah mencari sebab dan cara merawatnya di internet, hari ini tumit kaki Belalang dan kembali pulih seperti biasa.

Punca Tumit Kaki Pecah | Cara Merawatnyaa

Gambar Carian Google

Biasanya tumit kaki pecah atau sesetengah orang memanggilnya sebagai merekah berlaku disebabkan kulit yang terlalu kering.

selain daripada kulit kering, antara faktor lain yang menyumbang kepada terjadinya tumit kaki pecah ialah berat badan yang berlebihan.

Dibawah adalah info tentang tumit kaki pecah dan cara merawatnya yang Belalang ambil dari Majalah Wanita.

Semoga ia bermanfaat untuk anda!

 

Masalah tumit pecah sering berlaku kepada wanita tanpa
mengira usia. Baik gadis mahupun kaum ibu, semua tidak
terlepas. Kebiasaannya rekahan berlaku di bahagian tumit
namun ada juga wanita yang mengalami rekahan di sekeliling
kaki.

Walaupun masalah ini tidak membahayakan kesihatan namun ia
sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering.
Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di
bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi
kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika
tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini
mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses
yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Selain itu, sudah semestinya rekahan di bahagian ini
mencerminkan diri anda yang tidak peka menjaga kecantikan
dan kebersihan diri. Penampilan turut terjejas terutama
bagi golongan yang gemar menggayakan sandal.

Namun usahlah terlalu runsing, kulit kering dan tumit pecah
boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk
yang betul serta penjagaan rapi. Tidak perlu membazir wang
merawat bahagian yang bermasalah di spa atau bertemu
doktor, anda hanya perlukan informasi dan bijak memilih
produk khusus untuk penjagaan kaki. Jom ikuti tip penjagaan
tumit.

Faktor penyebab
Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat,
bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai
salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai
kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan
dengan masalah tersebut.
Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah
kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang
melebar.
Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah
ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan
perubahan hormon.
Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian
kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit
mendapat tekanan yang tinggi.
Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit
mudah tercedera.

Solusi
Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan
pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami
dehidrasi.
Kekalkan berat badan ideal.
Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan
menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja
dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan
perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas
seharian kita bekerja keras.
Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan
kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

Facebook Comments

Comments are closed.

Close