Strok Haba | Simptom Dan Tanda-tanda

Strok haba atau Heat stroke berlaku apabila cuaca pada ketika ini berada pada tahap panas dan kering. Kali ini Belalang akan kongsikan tentang strok haba simptom dan tanda-tanda.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang ditemu bual oleh wartawan dari Bernama, strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

strok haba simptom dan tanda-tanda

strok haba simptom dan tanda-tanda

Sebab-sebab berlakunya strok haba adalah berada secara berpanjangan di bawah terik mentari dan haba panas disamping kurangnya meminum air dan berlaku hidrasi.

Tanda-tanda awal strok haba

  • Sakit kepala berdenyut
  • Terasa mual
  • Kurangnya berpeluh walaupun berada dalam suhu panas
  • Denyutan nadi menjadi pantas

 Tanda-tanda lain

  • Otot menjadi kejang
  • Muntah-muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Terjadinya sawan
  • Pitam

Strok haba adalah sesuatu yang bahaya kerana jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.

beberapa langkah segera perlu diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.

Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan.

Anda juga boleh membaca disini –>> Sembilan Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca

Facebook Comments

Incoming search terms:

  • simptom strok haba (224)
  • simptom stroke haba (220)
  • strok haba (180)
  • stroke haba (74)
  • tanda strok haba (37)
  • simtom strok haba (28)
  • tanda tanda stroke haba (27)
  • simpton strok haba (23)
  • tanda tanda strok haba (20)
  • PUNCA PUNCA STROK HABA (15)

Comments are closed.

Close