Wajah Tak Sama Gambar Profil | Wanita Dibelasah Kenalan Media Sosial

Gara-gara wajah tak sama dengan gambar profil, wanita ini dibelasah kenalan media sosialnya kerana merasakan tertipu.

Itulah yang telah berlaku kepada Xiaojin Tuan, 32, apabila kenalannya Huang Mao hilang sabar ketika berjumpa. Lelaki itu mendakwa wajah wanita itu langsung tak sama dengan profil weChat yang digunakannya.

Wajah sebenar Huang Mao. - Foto CEN

Wajah sebenar Huang Mao. – Foto CEN

Lelaki untuk mendakwa dia sangat cam wajah pada gambar profil tersebut

“Saya sangat kenal dengannya kerana rupanya sudah sebati dalam ingatan saya. Oleh itu, apabila wanita lain datang dan duduk sebelah saya, saya benar-benar terkejut.

“Wanita tersebut mempunyai wajah yang gemuk dan berjerawat, sama sekali berbeza dengan wanita dalam gambar,”

Kedua-dua mereka mula bertengkar dan lelaki tersebut menuduh wanita terbabit menipunya lalu menumbuk wanita itu hingga jatuh ke lantai.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Sementara itu, rakannya, Kong Ho, berkata Xiaojin sangat teruja untuk bertemu wanita yang dianggapnya dewi itu.

“Saya sering menasihatinya untuk berhati-hati dan berkata wang yang dibelanjakan Xiojin untuk membeli tiket penerbangan demi berjumpa wanita terbabit agak mahal namun dia mengatakan yang cinta tidak mempunyai harga dan tidak kisah membelanjakan wang yang banyak,”

Jurucakap polis berkata, kedua-dua mereka ditahan dan wanita tersebut telah diberikan rawatan perubatan. Wanita terbabit bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Xiaojin dan tidak akan mengadakan temujanji dengan lelaki yang dikenali melalui media sosial lagi.

P/s- Lebih bagus guna gambar sendiri walaupun anda tak kacak atau lawa 🙂

-Metro.co.uk, SH

Facebook Comments
Close