Video Anak Muda Malaysia Ugut Serang Makhamah Menjadi Viral

Sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki dengan berpakaian hitam dan menutup muka serta mempunyai bendera Malaysia sebagai latar sedang menjadi viral di media-media sosial.

Dalam video yang berdurasi 1:01 minit ini, kumpulan yang terdiri dari empat orang lelaki ini menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia, mendakwa tidak lagi mempercayai sistem demokrasi di Malaysia.

anak muda malaysia isis malaysia 69 ugut makhamah

anak muda malaysia isis malaysia 69 ugut makhamah

Video ini telah dimuat naik ke Youtube sekitar 11 pagi ini dengan menggunakan ID Isis Malaysia 69.

“Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.

“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,”

“Perjuangan kami baru bermula dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya

Facebook Comments
Close