Tiga Beranak Maut Selepas Pulang Ziarah Allahyarham Nik Aziz

Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Melawi- Tok Bali, Kampung Telong, di sini, petang ini.

Difahamkan mangsa yang maut dalam perjalanan pulang ke Bukit Payong, Terengganu selepas menziarah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

kemalangan maut lepas pulang ziarah allahyarham nik aziz

kemalangan maut lepas pulang ziarah allahyarham nik aziz

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, dalam kejadian jam kira-kira 2.50 petang itu, kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki bersama empat lagi ahli keluarga lain dari arah Melawi ke Tok Bali terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan pacuan empat roda itu.

Katanya, dua mangsa termasuk seorang bayi perempuan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa maut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu

“Empat lagi mangsa di dalam Perodua Alza itu sedang dirawat di HUSM,” katanya

– HM

Facebook Comments
Close