Pencuri Pizza Bayar Semula Selepas 13 Tahun!

Kadang kala apabila keadaan mendesak, seseorang itu terpaksa melakukan sesuatu walaupun ia tahu perbuatan itu bukan caranya. Ini termasuk yang dilakukan oleh seorang pencuri pizza yang membayar semula walaupun sudah 13 tahun kejadian itu berlaku.

Menurut laman metro.co.uk, pelanggan itu terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya.

bayar piza yang dicuri 13 tahun lalu

bayar piza yang dicuri 13 tahun lalu

Lelaki berkenaan berkongsi sepucuk surat yang dihantar kepada restoran berkenaan di laman sosial Reddit , dengan meluahkan rasa bersalahnya kerana menggunakan cek tendang untuk ‘membayar’ makanan itu.

Hidangan piza yang dicuri itu berharga AS$20 (RM71.59) tetapi dia menebus kesalahannya itu dengan membuat bayaran beserta faedah
sebanyak AS$54.39 (RM194.69).
Antara yang dinyatakan di dalam surat itu:

“Pada 2002, saya menggunakan cek tendang untuk mendapatkan piza di kedai anda. Saya menempuh waktu yang amat sukar ketika itu dengan bebanan masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikannya.

“Saya tidak mempunyai wang dan mempunyai anak yang lapar di rumah.”

“Saya telah bekerja keras dan
membangunkan sebuah perniagaan sejak lebih sedekad lalu dan meraakan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani keadaan yang saya hadapi. Saya harap tiada yang terasa hati.

Pemilik kedai piza itu memberikan reaksi positif apabila membaca beberapa komen berhubung kenyataan di Reddit, mengenai tindakan lelaki itu.

– metro.co.uk

Facebook Comments
Close