Keputusan Liwat 10 Feb 2015 | Anwar Dipenjara 5 Tahun

Hukuman penjara 5 tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal bermula hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa ke penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman penjara lima tahun bermula hari ini.

Bilik hotel Anwar didakwa cuba dipecah masuk

Mahkamah hari ini memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful dengan alasan ia tidak 100 peratus pasti tentang integriti sampel yang diambil bagi ujian DNA daripada Mohd Saiful.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd Saiful serta memberi alasan hakim perbicaraan terkhilaf dalam keputusan beliau tentang sampel berkenaan, yang dibuat berdasarkan keterangan dua saksi pakar yang dipanggil pihak pembelaan.

-SH

Facebook Comments

Comments are closed.

Close