Kejam! Dirogol | Batang Kayu | Batu | Kondom | Disumbat Dalam Alat Sulit

Kejam! Wanita ini dirogol, batang kayu, batu, kondom disumbat dalam alat sulit. Itulah yang berlaku pada seorang gadis malang di Chandigarh, daerah Rohtak, Haryana.

Menurut laporan media semalam, mangsa ditemui dalam keadaan amat mengerikan – tanpa organ utama selain beberapa batang kayu, batu dan kondom disumbat dalam alat sulitnya.

rogol alat sulit disumbat kayu, batu dan kondom

rogol alat sulit disumbat kayu, batu dan kondom

Media tempatan melaporkan, mangsa dilaporkan hilang tiga hari sebelum ditemui pada Rabu.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai dibunuh pada 1 Februari lalu.

Pegawai penyiasat berkata, mayat itu sudah mereput ketika bedah siasat dijalankan di Institut Sains Perubatan Pascasiswazah Pandit Bhagwat Dayal Sharma (PGIMS).

Ketua Bahagian Forensik PGIMS Dr S K Dhatterwal berkata, selama 29 tahun bertugas, tidak pernah dia menemui kes pembunuhan sekejam itu.

“Dua batu dimasukkan ke alat sulit mangsa. Mukanya digigit haiwan, paru-paru dan jantungnya hilang, manakala otaknya mengalami keretakan serta wujud kesan kecederaan pada kedua-dua paha dan dada,” katanya.

Kata Dr Dhatterwal, pembedahan itu mengambil masa hingga lima jam.

“Kami menemui kayu sepanjang 16 sentimeter dan selebar 4 sentimeter dalam alat sulit mangsa.

“Kami mengesyaki kayu lebih panjang digunakan, tetapi ia patah dalam badan mangsa. Selain itu, kami turut menjumpai beberapa kondom dalam alat sulitnya,” katanya.

Mangsa berasal dari daerah Vadia di Nepal dan sedang menjalani rawatan mental di Haldwani.

Beberapa bulan lalu dia datang ke Rohtak untuk melawat kakaknya yang bekerja sebagai pembantu rumah di bandar itu.

– Agensi

Facebook Comments
Close