Cara Mandi Wajib | Lafaz Niat Yang Betul

Sebagai seorang yang beragama Islam apabila sampai waktu akil baligh, pastu perlu tahu cara mandi wajib dan lafaz niat yang betul tak kira lelaki mahupum wanita.

Pelajaran tentang mandi wajib diajar di sekolah bermula pada tingkatan satu. Namun begitu masih ada juga yang ada kalanya terlupa atau nak mengetahui samada betul atau tidak cara dan lafaz niat mandi wajib yang dia lakukan.

cara mandi wajib dan lafaz niat yang betul

cara mandi wajib dan lafaz niat yang betul. Gambar carian Google

Mengikut rujukan yang diambil di Wikipedia, Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan.

Lafaz niat yang lain “nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta’aalaa” (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At- Tirmizi.

1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .

2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.

3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.

4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.

5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.

6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.

7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.

8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.

9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.

10. Membasuh kaki.

Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari.

Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai. Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Sekiranya anda ingin membaca keseluruhan cara mandi wajib yang ditulis di Wikipedia, sila klik ke sini –>> Mandi Wajib

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Terima kasih kerana membaca

Incoming search terms:

  • cara mandi wajib akil baligh (12)
  • cara mandi wajib akil balig (4)
  • cara mandi wajib bgi lelaki yang akil baligh (1)
  • mandi wajib akil baligh (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close